Pada hari ini, sebanyak 6 acara disertai oleh 10 orang atlit sekolah merangkumi 100 m, lompat tinggi dan lontar peluru. Pengurus pasukan, Cikgu Ahmad Khusyairi berpuas hati dengan pencapaian atlit sekolah yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pusingan separuh akhir. Meskipun tidak layak bertanding ke peringkat akhir, Adli melahirkan rasa gembira kerana pencapaiannya jauh lebih baik berbanding kejohanan yang sama pada tahun lalu.
Tempat duduk stadium dipenuhi sejak awal pagi lagi |
Ustaz Shahril dan Cikgu Khusyairi sedang membincangkan strategi lokasi sarapan pagi murid |
Cikgu Adiputera ligat menampal nombor pada baju atlit sekolah |
Atlit berdebar menanti bermulanya acara |
Adli bersedia untuk larian 100 m separuh akhir |
Sedia.. |
Mula!! |
Alif Aiman menunggu namanya dipanggil |
Khemah urusetia sibuk memastikan kelancaran kejohanan |