Tuesday, March 8, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Rendah MSSDHL (Sekolah Rendah) 2011

Hari ini bermulanya kejohanan olahraga peringkat daerah yang disertai oleh atlit SKTR yang telah berlatih berminggu sebelum berlangsungnya pertandingan. Kejohanan ini diadakan di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada 9 hingga 11 Mac.

Pada hari ini, sebanyak 6 acara disertai oleh 10 orang atlit sekolah merangkumi 100 m, lompat tinggi dan lontar peluru. Pengurus pasukan, Cikgu Ahmad Khusyairi berpuas hati dengan pencapaian atlit sekolah yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pusingan separuh akhir. Meskipun tidak layak bertanding ke peringkat akhir, Adli melahirkan rasa gembira kerana pencapaiannya jauh lebih baik berbanding kejohanan yang sama pada tahun lalu.


Tempat duduk stadium dipenuhi sejak awal pagi lagi



Ustaz Shahril dan Cikgu Khusyairi sedang membincangkan strategi lokasi sarapan pagi murid


Cikgu Adiputera ligat menampal nombor pada baju atlit sekolah


Atlit berdebar menanti bermulanya acara



Adli bersedia untuk larian 100 m separuh akhir

 





Sedia..






Mula!!




Alif Aiman menunggu namanya dipanggil




Khemah urusetia sibuk memastikan kelancaran kejohanan




Perlawanan Persahabatan

Pemain pasukan SKTR seolah tidak percaya dengan jaringan oleh SK Seri Sekamat

Hari Khamis 3 Mac lepas, pasukan bola sepak SKTR telah mengadakan perlawanan persahabatan di SK Seri Sekamat.

Keputusan :

Tewas 0-1 Menentang SK Saujana Impian 2 (gol minit 91..)
Seri 1-1 Menentang SK Seri Sekamat (gol dijaringkan oleh Farid)

Secara keseluruhannya jurulatih pasukan belum berpuas hati dengan prestasi pasukan sebelum kejohanan sebenar kelak. Apa pun, pasukan ini mempunyai harapan yang cerah.